TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule Bursa vs. Nasdaq Read More

TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule Bursa vs. Nasdaq v2 Read More

TRENDING: Free eBook – Your Best Guide to eToro CopyTrading Read More

TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule v3 Read More

TRENDING: eToro – Getting started ‘why’ & ‘how’ Read More

01/01/2021

Unit Trust – Buy & Hold vs. Switching

Pembaca diharapkan untuk memahami bahawa artikel ini bukan bertujuan sebagai nasihat pelaburan, sebaliknya adalah perkongsian peribadi penulis.

Sekiranya anda adalah seorang pelabur unit trust (saham amanah) anda pasti pernah melalui suatu ketika pelaburan yang dibuat dilihat sangat menguntungkan, dan pada suatu ketika yang lain ia dilihat semakin menyusut dari jumlah keuntungan sebelumnya. Perkara ini berlaku kepada pemegang unit dengan risiko tinggi dalam kategori equity contohnya. Ia adalah proses biasa kerana unit trust juga bergantung kepada pergerakan aset-aset asas seperti equity, cuma perbezaannya ia adalah dalam bentuk portfolio atau multiple asset yang diuruskan oleh pengurus dana.

Cash vs. EPF

Terdapat sekurang-kurangnya 2 sumber dana yang biasa digunakan oleh pelabur unit trust samada menggunakan cash atau tabung EPF. Risiko dan hasil pulangan ROI boleh jadi sama, tetapi cash mempunyai kelebihan dari segi kekerapan pelaburan yang boleh dibuat secara bulanan, manakala pengeluaran EPF hanya dibenarkan setiap 3 bulan.

Namun tak kira punca dana dari mana, sebenarnya kita boleh memaksimakan lagi pelaburan ini menggunakan kaedah switching. Tapi sebelum itu kita kenalpasti dulu kaedah biasa digunakan pelabur.

Buy & Hold

Dalam kaedah ini pelabur biasanya agak pasif, tidak mengikuti perkembangan dana yang disertai. Mungkin tak keterlaluan jika dikatakan ada pelabur yang tak tahu pun apa dana yang mereka laburkan. Pelabur EPF akan melabur 3 bulan sekali, dan pelabur cash mungkin sekali labur dan tunggu, atau membuat pelaburan berkala melalui pemotongan dari akaun bank.

Dollar Cost Averaging

Kaedah ini terpakai untuk mereka yang membuat pelaburan berkala. Tak kira apa keadaan market pelabur akan tetap membuat pelaburan secara berkala. Kaedah ini memberi kelebihan sekiranya market tidak begitu baik dan dana mengalami pengurangan nilai, maka pelaburan berkala akan memberi kelebihan dari segi purata kos yang semakin rendah.

Switching

Pelabur membuat switching di antara dana bagi mengambil kesempatan kenaikan nilai equity dengan memindahkan pelaburan ke dana lebih konservative contohnya money market, dan memindahkan semula ke equity sebaik nilai dana equity telah menurun. Namun begitu cabaran utama dalam kaedah ini adalah market timing. Sebenarnya tak siapapun boleh meramal pasaran dengan tepat, apa yang kita nampak adalah berdasarkan beberapa penunjuk sahaja.

Kita boleh mendapatkan senarai syarikat yang dilaburkan oleh pengurus dana melalui laporan kewangan dana berkenaan. Sesuai dengan perkembangan semasa, tidak susah untuk melihat prestasi individu syarikat melalui pelbagai tools samada percuma atau berbayar. Contohnya melalui investing.com, Google Finance atau Yahoo Finance yang melaporkan prestasi harian pergerakan harga saham syarikat-syarikat terbabit. Saya sendiri menggunakan charting tools dari tradingview.com.

Jadi berdasarkan pergerakan saham-saham individu, kita mendapat sedikit penunjuk berkenaan arah tuju dana equity unit trust yang dilaburkan. Sedikit peringatan, switching yang dibuat ini hanyalah bersandarkan pergerakan harga saham syarikat terlibat, berdasarkan pengamatan saya ketepatannya agak tinggi pun begitu terdapat ruang untuk berlaku kekhilafan. Switching juga melibatkan kos seperti switching fee, jadi faktor ini perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan diambil.

Saya akan berkongsi contoh switching yang dilakukan dalam dana pelaburan yang saya sertai dalam artikel akan datang.

About Author papaya008

Penulis adalah pelabur individu di Bursa Malaysia dan Nasdaq, ikuti perkongsian beliau di sini.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *