TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule Bursa vs. Nasdaq Read More

TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule Bursa vs. Nasdaq v2 Read More

TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule v3 Read More

TRENDING: eToro – Getting started ‘why’ & ‘how’ Read More

TRENDING: Free eBook – Your Best Guide to eToro CopyTrading Read More

31/12/2020

eToro – platform social trading terbaik

Artikel di bawah bukan merupakan nasihat pelaburan. Pembaca perlu menyedari terdapat risiko kerugian dalam perkara yang dibincangkan di sini. Artikel ini memaparkan perkongsian pengalaman & review dari penulis sahaja.

Saya kongsikan pengalaman mencari broker dengan capaian kepada saham global seperti Nasdaq. Penyertaan ke pasaran Nasdaq adalah bagi tujuan diversifikasi atau mempelbagai portfolio pelaburan selain mengekalkan portfolio di Bursa. Broker ideal bagi saya semestinya adalah broker yang selamat, mesra pengguna dan membenarkan fraction trading. Fraction trading adalah istilah yang bermaksud pembelian saham boleh dibuat pada harga lebih kecil berbanding harga sebenar. Contoh jika kaunter TESLA (TSLA) hari ni berharga $695 sesaham, bermakna RM2806. Untuk 1 lot berjumlah 100 unit kita perlukan kos RM280k.. wow! Akan tetapi melalui fraction trading kita boleh beli saham mengikut kemampuan serendah $50 atau RM200 dan kita hanya membeli 0.072 unit sahaja, itulah dinamakan fraction trading.

Keselamatan

Perkara pertama yang saya akan pastikan apabila memilih broker adalah dari sudut keselamatan. Saya nak pastikan institusi berkenaan benar-benar wujud dan ianya dikawal selia oleh regulator tertentu.

Dari segi penyeliaan eToro adalah perniagaan yang diselia di Australia melalui Australian Securities & Investment Commission (ASIC), di UK melalui Financial Conduct Authority (FCA) dan di Eropah melalui Cyprus Securities & Exchange Commission (CySEC). Namun demikian penting untuk dimaklumkan eToro tidak dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Semakan eToro (UK) Ltd di laman web FCA, eToro Australia Pty Ltd di laman web ASIC dan eToro (Europe) Ltd di laman web CySEC.

Melalui FCA, pelanggan-pelanggan eToro di UK mendapat perlindungan dari risiko kebankrapan eToro contohnya, yang mana Financial Services Compensation Scheme (FSCS) menjamin gantirugi mencecah 85k pound sterling bersamaan RM468k.

Melalui ASIC, yang mana pelanggan-pelanggan dari Asia bernaung di bawah pihak berkuasa Australia, tiada sebarang jaminan gantirugi yang ditetapkan.

Namun demikian melalui CySEC iaitu bagi pelanggan di Eropah, jaminan gantirugi adalah 20k Euro bersamaan RM99k.

Perlindungan terakhir para traders adalah berdasarkan insurans yang dibeli oleh eToro dari syarikat LLoyd yang mana nilai pampasan maksima diberikan adalah 1 juta pound sterling/euro/AUD bergantung dari regulatory mana pelanggan berkenaan dilindungi. Bacaan lanjut berkenaan insurans Lloyd’s of London.

Selain regulatory, saya juga mencari maklumat penyalur dana kepada syarikat eToro. Biasanya penyalur dana adalah syarikat yang teguh dan tidak akan melibatkan diri dengan perniagaan yang tidak disahkan. Dengan kata lain, penerima dana adalah entiti perniagaan yang sah dan mempunyai perancangan perniagaan jangka panjang.

Berdasarkan Wikipedia eToro sebenarnya telah menerima lebih dari $162 juta dari penyalur dana. Antara penyumbang adalah Spark Capital yang merupakan penyalur dana bagi projek startup seperti Twitter, Tumblr, Oculus, Warby Parker, Cruise, Slack dsb. Selain itu penyalur dana yang lain SBI Holdings adalah syarikat yang disenaraikan di Tokyo Stock Exchange.

Tentunya tak mudah untuk syarikat biasa menerima dana dari syarikat gergasi seperti Spark Capital atau SBI Holdings. Sudah tentu penyalur dana ini telah membuat penelitian sebelum mula melabur tidak melibatkan diri dengan syarikat scam yang akan hilang dalam sekelip mata.

Fakta berkenaan regulatory oleh FCA, ASIC dan CySEC serta penglibatan penyalur dana tersohor memberikan kekuatan kepada pertimbangan saya bahawa eToro adalah syarikat yang selamat. Fakta ia telah wujud sejak 2007 dan selepas 14 tahun masih beroperasi menunjukkan kekuatan rancangan perniagaan dan pentadbiran mereka.

Mesra Pengguna

eToro menyediakan interface melalui web dan juga mobile app. Kedua-dua versi aplikasi ini pada saya agak mesra pengguna berdasarkan faktor berikut:-

  1. Fast start/loading – samada di web atau mobile app kedua-duanya begitu pantas dan responsive, loading time hampir tidak dirasai.
  2. Susun atur menu – kedudukan shortcut dan menu menepati kebiasaan habit pengguna
  3. Simple – pengoperasian beli dan jual amat mudah, boleh dilakukan dalam 2-3 langkah sahaja
  4. Penggunaan size icon dan text yang sesuai tidak membebankan mata
  5. Social networking – perkongsian berita, info dan live notification

Fraction Trading

Seperti yang telah dibincangkan di atas, fraction trading memberikan capaian kepada saham-saham ‘mewah’ untuk semua peringkat traders. Saham-saham utama boleh dibeli oleh sesiapa sahaja dan memberikan peluang kepada traders menyertai perdagangan syarikat berprofil tinggi.

Di eToro pembelian saham tanpa leverage (cash) adalah pembelian pemilikan syarikat yang sebenar, manakala short selling dan pembelian dengan leverage adalah CFD (contract for difference). CFD merujuk kepada aktiviti pengambilan untung berdasarkan beza harga sebelum dan selepas transaksi.

Saya melihat pembelian pemilikan syarikat yang didaftarkan atas nama trader sendiri, selain sebagai kelayakan untuk menerima dividen dari syarikat, adalah penanda aras kepada keaslian konsep jual beli saham. Secara asasnya eToro dalam kes ini tidak mendapat keuntungan melalui kerugian para pelabur.

Tiada Komisen

eToro bermula 2020 telah memansuhkan komisen atau brokerage fee bagi transaksi melibatkan saham-saham NYSE dan NASDAQ untuk traders dari region ASIC. Ini meliputi traders dari Asia.

Namun perlu dijelaskan spread iaitu perbezaan bid/ask masih ada.

CopyTrading dan CopyPortfolio

CopyTrading dan CopyPortfolio adalah ciri unik di eToro yang membezakannya dari social trading platform yang lain. Melalui CopyTrading, mana-mana trader boleh bermula dengan pantas dalam pasaran dengan hanya membuat benchmarking berdasarkan prestasi sebenar trader lain yang ingin disalin. Sungguhpun apabila salinan mula dibuat tidak ada sebarang jaminan bahawa hasil masa hadapan akan menyamai hasil yang masa lalu, tetapi ia lebih kuat berdasarkan faktor pengalaman trader yang ingin disalin. Saya melihat perkara ini seakan-akan kita mendapatkan khidmat seorang fund manager, tetapi pada masa yang sama kita mengekalkan kawalan ke atas dana milik kita sepanjang masa.

CopyPortfolio pula memberikan peluang kepada trader menyertai portfolio yang terdiri dari traders terbaik ayng dipilih oleh eToro serta portfolio berdasarkan tema, contohnya tema keselamatan komputer atau healthcare. Prestasi setiap portfolio boleh diniai berdasarkan data masa nyata.

CopyTrading dan CopyPortfolio memberikan ruang untuk para traders mendapatkan intelligence dan kepakaran dari expert traders tanpa sebarang kos. Sungguhpun pada masa ini saya belum merancang untuk membuat transaksi melalui CopyTrading atau CopyPortolio tetapi kewujudan features seperti ini memberikan kita lebih banyak pilihan di masa akan datang.

[Social Trading di eToro digambarkan melalui 2 watak trader yang berlainan tetapi mendapat keputusan yang sama.]

Kesimpulan

Pengamatan saya mendapati platform eToro merupakan social trading platform dengan kekuatan yang tersendiri. Dalam banyak perkara ia memberikan nilai tambah kepada traders, tetapi pada masa yang sama spread di eToro dikatakan agak tinggi. Namun kita boleh menganggap spread adalah kos yang perlu dibayar untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.

Selain itu sekali lagi perlu diingatkan bahawa eToro tidak dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan ini bermakna traders dari Malaysia tidak dilindungi oleh undang-undang negara sekiranya terdapat sebarang pertikaian. Pada masa ini traders dari Asia yang menyertai eToro tertakluk kepada regulatory dari Australia iaitu Australian Security & Investment Commission (ASIC).

eToro membekalkan akaun virtual untuk tujuan latihan dan mendapatkan feel sebenar perdagangan saham di platform sosial ini, maklumat lanjut di laman web eToro.

About Author papaya008

Penulis adalah pelabur individu di Bursa Malaysia dan Nasdaq, ikuti perkongsian beliau di sini.

1 Comment

  1. Dagang saham cara legasi atau sosial? – SenangSaham.com 31/12/2020 at 12:44 pm

    […] boleh mengikuti artikel khas (eToro – platform social trading terbaik) untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan platform eToro dan pengalaman saya berdagang melalui […]

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *