TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule Bursa vs. Nasdaq Read More

TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule Bursa vs. Nasdaq v2 Read More

TRENDING: Free eBook – Your Best Guide to eToro CopyTrading Read More

TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule v3 Read More

TRENDING: eToro – Getting started ‘why’ & ‘how’ Read More

07/02/2021

Eksperimentasi Friday Rule Bursa vs. Nasdaq v2

Oleh kerana data dalam eksperimen pertama tidak tepat, saya memutuskan untuk membuat ulangkaji kali kedua. Kali ini saya telah handpick 10 kaunter dari Nasdaq dan 10 kaunter dari Bursa. Saya memastikan 52W memang benar berlaku pada candlestick hari Jumaat, dan closing price adalah paling hampir dengan 52W yang baru itu.

Saya merujuk rules yang ditulis di sini.

Sekadar ulangan, 52W on Friday rule adalah seperti berikut:

  1. 52W high berlaku pada hari Jumaat, dan closing price adalah pada titik tertinggi atau paling hampir dengan harga 52W berkenaan.
  2. Jika opening pada hari Isnin lebih rendah dari closing pada hari Jumaat, exit serta merta.
  3. Jual pada hari Selasa.

Okay, semoga eksperimen kali ini membuahkan hasil.

11/2/2021 – Kemaskini terbaru & keputusan eksperimen

Berdasarkan eksperimen Friday rule yang dijalankan pada 5/2/2021 (Jumaat), 8/2/2021 (Isnin) & 9/2/2021 (Selasa) di bawah ini merupakan keputusannya:

Kesimpulan dari eksperimen Friday Rule ini adalah:-

  1. 80% success rate di Nasdaq
  2. 90% success rate di Bursa
  3. Average gain di Nasdaq adalah 4.76%
  4. Average gain di Bursa adalah 5.53%
  5. 100% kes success di Nasdaq menghasilkan profit
  6. 78% kes success di Bursa menghasilkan profit

Anda ada sebarang idea untuk dikongsikan, sila komen dalam ruangan di bawah.

Nota: selain berdagang di Bursa, saya turut berdagang di pasaran Nasdaq menggunakan platform eToro. eToro mempunyai ciri unik dikenali sebagai CopyTrading yang mana anda boleh menyalin perdagangan trader lain yang lebih berpengalaman dan menghasilkan keputusan yang sama. Teknologi ini adalah disruption kepada sistem perdagangan sediada. eToro mempunyai 17 juta pengguna dan di selia oleh FCA (UK), ASIC (Australia) dan CySec (Cyprus). Ia tidak dilesenkan di Malaysia. Maklumat perhubungan saya ada di sini.

About Author papaya008

Penulis adalah pelabur individu di Bursa Malaysia dan Nasdaq, ikuti perkongsian beliau di sini.

2 Comments

  1. Eksperimentasi Friday Rule Bursa vs. Nasdaq – SenangSaham.com 07/02/2021 at 2:09 pm

    […] Eksperimen v2. […]

    Reply
  2. Friday Rule kurang berkesan waktu bearish market – SenangSaham.com 27/02/2021 at 7:52 pm

    […] TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule Bursa vs. Nasdaq v2 Read More […]

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *