TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule Bursa vs. Nasdaq Read More

TRENDING: Free eBook – Your Best Guide to eToro CopyTrading Read More

TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule Bursa vs. Nasdaq v2 Read More

TRENDING: eToro – the most copied investors in January 2021 Read More

TRENDING: Is eToro legally a broker to Nasdaq market? Read More

31/12/2020

Dagang saham cara legasi atau sosial?

Artikel di bawah bukan merupakan nasihat pelaburan. Sila dapatkan nasihat pelaburan dari institusi yang disahkan oleh pihak berkuasa. Pembaca diharapkan memahami terdapat risiko kerugian dalam urusan perdagangan saham.

Anda mungkin menemui artikel ini hasil carian di Google berkenaan kaedah perdagangan saham paling mudah, paling senang, paling tak sakit kepala, atau dirujuk oleh kenalan melalui perkongsian pautan. Pada saat penulisan ini dilakukan, saya sebenarnya sedang melakukan transaksi pembelian kaunter pilihan sebagai rutin yang perlu dilakukan. Transaksi yang saya lakukan adalah perkara biasa yang dibuat oleh trader lain mengikut kaedah masing-masing.

Dalam artikel ini kita akan membincangkan tentang:-

  1. Kaedah perdagangan saham cara legasi
  2. Kaedah perdagangan saham cara sosial

Namun penting untuk dititikberatkan dalam kaedah mana sekalipun perdagangan saham ini ingin dilakukan, kita tidak boleh lari dari hakikat risiko perdagangan tetap ada. Jika anda terjumpa mana-mana statement yang claim ada kaedah perdagangan saham tanpa risiko, lari cepat-cepat jangan rapat.

Perdagangan Saham Cara Legasi

Ini adalah perdagangan saham yang diamalkan oleh ramai trader termasuk diri saya sendiri. Dalam perdagangan saham ini, trading method adalah berbeza antara traders dan kajian dibuat samada secara fundamental atau teknikal. Traders memahami secara umum operasi syarikat, perkembangan terkini dan trend semasa industri yang terlibat. Sebagai contoh ramai traders membeli kaunter-kaunter glove semasa wabak Covid19 menular di seluruh dunia, kemudian beralih ke kaunter vaksin sebaik ianya mula dipasarkan. Selain itu traders juga mengkaji secara teknikal sesuatu kaunter dan membuat analisa pergerakan harga saham.

Secara asas perkara berikut diperlukan dalam kaedah perdagangan saham cara legasi:-

  1. Trading method
  2. Kajian fundamental atau teknikal, atau keduanya
  3. Kajian sentimen pasaran
  4. Berita-berita terkini yang melibatkan syarikat dan operasinya

Semua perkara di atas biasanya dipelajari oleh traders melalui pelbagai cara, contohnya:-

  1. Kelas berbayar oleh tenaga pengajar (syarikat/individu)
  2. Kelas percuma oleh broker atau Bursa sendiri
  3. Carian melalui Google/internet
  4. Diskusi dengan trader lain

Saya sangat mengesyorkan untuk pembaca mendapatkan ilmu dari tenaga pengajar bertauliah. Ada ramai tenaga pengajar yang menawarkan kelas mendalami ilmu saham samada pringkat beginner atau peringkat advanced, dan mereka ini bertauliah dan ada kerjasama dengan Bursa. Dengan kata lain tenaga pengajar ini adalah mereka yang profesional dan dipercayai.

Pembelajaran sendiri melalui internet pun tak menjadi masalah, cuma anda tidak ada coach dan bimbingan dari mereka yang berpengalaman, ibarat belajar tanpa guru. Ianya agak sukar dan dikhuatiri anda akan give up dan langsung dah tak nak mencuba. Tapi jika anda sangat self-motivated, pelajaran melalui internet adalah saluran yang agak baik.

Perdagangan saham cara legasi adalah cara sebenar yang patut dipelajari oleh setiap traders.

Perdagangan Saham Cara Sosial

Sesuai dengan perkembangan teknologi, perdagangan saham juga mengalami evolusi yang tersendiri. Pada satu ketika, jual beli saham dilakukan melalui khidmat remisier. Kemudian ia menjadi lebih baik di mana broker menawarkan platform online melalui web atau mobile app yang memberikan peluang traders membuat pesanan jual beli dengan lebih mudah.

Kini wujud satu lagi invention terbaru dinamakan social trading. Social trading adalah konsep di mana seseorang trader boleh menyalin kaedah perdagangan trader lain yang lebih berpengalaman. Dalam kaedah perdagangan legasi, traders perlu mempunyai trading method dan membuat kajian berkaitan, tetapi melalui social trading mana-mana trader baru atau tanpa pengalaman boleh menyalin strategi perdagangan trader legasi.

Contoh:-

Trader A, orang baru, menyalin Trader B dan Trader C.

Trader B, orang lama dengan 10 tahun pengalaman, pencapaian terkini 40% setahun.

Trader C, orang lama dengan expertise kajian teknikal, pencapaian terkini 50% setahun.

Maka Trader A di akhir tahun berdasarkan kaedah social trading, dengan jumlah modal yang sama seperti seperti Trader B dan C memperolehi pulangan 45%. Trader A melalui social trading menggunakan kepakaran kedua-dua Trader B dan C untuk membuat perdagangan yang cemerlang. Social trading dikenali juga sebagai mirror trading atau auto trading.

Antara broker yang menawarkan social trading adalah:-

  1. eToro (saham, forex, cfd, crypto)
  2. AvaTrade (saham, forex, cfd, crypto)
  3. Pepperstone (forex, cfd, crypto)
  4. VantageFX (forex, cfd)
  5. IC Markets (forex, cfd, crypto)
  6. OctaFX (forex, cfd, crypto)
  7. XM Group (saham, forex, cfd, crypto)

“Penafian:- social trading platform seperti eToro, AvaTrade, Perpperstone, VantageFX, IC Markets, OctaFX & XM Group masih belum dilesenkan oleh SC untuk menguruskan transaksi perdagangan di Malaysia.”

Kesimpulan

Kaedah perdagangan legasi mahupun social trading kedua-duanya melibatkan risiko. Sesenang manapun social trading melalui kaedah CopyTrade, risiko tetap ada sekiranya trader yang disalin itu mengalami kerugian. Bagaimanapun, tanpa menafikan kepentingan ilmu saham melalui kaedah legasi, evolusi perdagangan sosial ini adalah satu perkembangan yang amat baik dan membuka ruang untuk lebih ramai orang terlibat dalam dunia saham.

Anda boleh mengikuti artikel khas (eToro – platform social trading terbaik) untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan platform eToro dan pengalaman saya berdagang melalui platform ini.

About Author papaya008

Penulis adalah pelabur individu di Bursa Malaysia dan Nasdaq, ikuti perkongsian beliau di sini.

1 Comment

  1. SenangSaham: betul ke senang? – SenangSaham.com 31/12/2020 at 11:39 am

    […] perbincangan berkenaan social trading (Dagang saham cara legasi atau sosial?), iaitu konsep mudah perdagangan saham dengan cara menyalin dagangan orang lain yang lebih […]

    Reply

Leave A Comment to SenangSaham: betul ke senang? – SenangSaham.com Cancel Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *