TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule Bursa vs. Nasdaq Read More

TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule Bursa vs. Nasdaq v2 Read More

TRENDING: Eksperimentasi Friday Rule v3 Read More

TRENDING: eToro – Getting started ‘why’ & ‘how’ Read More

TRENDING: Free eBook – Your Best Guide to eToro CopyTrading Read More

13/01/2021

Berapa modal permulaan untuk main saham?

Artikel ini bukan saranan sebarang pelaburan tetapi perkongsian peribadi penulis berkenaan selok-belok urusan saham.

Saya tahu istilah ‘main saham’ tidak wujud kerana saham itu bukan sejenis permainan untuk dimainkan. Namun begitu kita tetap merujuk ‘main saham’ sebagai perdagangan saham kerana bahasa pasar Melayu menyebutnya begitu dan ianya mudah difahami oleh masyarakat. Jangan serius sangat bro, sebutan saja yang berbeza tetapi makna tetap sama.

Jadi berkenaan hal modal permulaan, soalan cepumas yang selalu ditanya adalah berapa jumlah yang diperlukan untuk bermula? Saya ada menyentuh berkenaan modal di artikel sebelum ini (SenangSaham – betul ke senang?) dan ada juga kalkulator yang saya bina bagi tujuan mendapat anggaran modal bagi yang baru nak bermula.

Namun begitu secara umum sebenarnya tidak ada jumlah minima permulaan untuk bermula dengan saham. Untuk pemahaman am, sekurang-kurangnya ada 2 kategori orang yang terlibat dengan saham:-

  1. Pelabur (investor)
  2. Pedagang (trader)

Pelabur boleh dikatakan mereka yang membeli saham untuk jangka masa panjang. Sekali lagi, berapa panjang yang dimaksudkan dengan panjang? Sebagai permulaan anggaplah pelabur adalah mereka yang membeli saham untuk disimpan sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih. Saya ambil pengukur 1 tahun kerana mereka yang melabur di ASB adalah pelabur jangka masa panjang, kerana ASB memberi pulangan atau dividen secara tahunan.

Pedagang adalah mereka yang membeli saham dalam tempoh yang pendek, contohnya dalam masa beberapa minit, jam, hari, minggu atau bulan.

Dalam setiap jual beli saham, perlu diingat terdapat kos yang perlu dibayar. Modal memang diperlukan tetapi kos adalah bayaran hangus. Antara kos yang terlibat selain modal untuk membeli kaunter-kaunter saham adalah:-

  1. Brokerage fee
  2. Clearance fee
  3. Stamping fee

Brokerage dan clearance fee adalah caj pentadbiran yang dikenakan oleh pihak broker manakala stamping fee adalah hasil cukai untuk pihak kerajaan. Nilai brokerage dan clearanre fee bergantung kepada broker yang terlibat. Sebagai contoh broker Mplus mengenakan brokerage fee dengan kadar 0.08% bagi nilai pembelian kurang dari RM30,000 dengan jumlah minima RM8. Sekiranya anda beli kaunter saham dengan nilai belian RM1,000 contohnya maka nilai brokergae fee yang harus dibayar adalah RM8.

Apakah kaitan perbincangan modal main saham dengan brokerage fee? Ia berkait rapat dengan kadar keuntungan. Sebagai contoh jika anda berfikir untuk bermula jadi trader dengan jumlah RM500 contohnya dan kaunter ABC pada harga RM0.30 seunit.

Beli

Jumlah unit: 1,600 (16 lot)

Nilai belian: RM480

Brokerage fee (0.08%): RM8

Clearing fee (0.03%): RM0.15

Stamping fee: RM1

Jumlah kos dibayar: RM480 + RM9.15 = RM489.15

Katakan anda sangat teruja untuk jadi trader dan bila kaunter ABC naik ke RM0.32 (6.6% kenaikan)

Jualan

Nilai jualan: RM512 (1600 x 0.32)

Brokerage fee (0.08%): RM8

Clearing fee (0.03%): RM0.15

Stamping fee: RM1

Jumlah pulangan diterima: RM512 – RM9.15 = RM502.85

Jadi untung bersih adalah: RM502.85 – RM489.15 = RM13.70 (2.8% untung dari kos asal)

Apa yang nak disampaikan melalui contoh pengiraan ini adalah, anda boleh bermula dengan nilai belian yang sangat kecil tetapi perlu diingat kos transaksi adalah tinggi. Adakah ini bermaksud anda hanya boleh bermula dengan modal besar? Tak semestinya. Anda boleh bermula dengan modal kecil tetapi kekerapan transaksi akan menyebabkan anda menanggung kos tinggi, maka pilihan menjadi investor adalah yang terbaik. Ini kerana investor tak jual saham yang dibeli dalam tempoh singkat.

Berdasarkan contoh di atas anda tetap boleh bermula dengan modal RM30 untuk nilai saham RM0.30. Jangan terkejut ada juga saham semurah RM0.05 dan anda boleh bermula dengan RM5 + brokerage/clearing/stamping fee.

Strategi bagi mereka yang bermula dengan modal rendah adalah menjadi pelabur dan konsisten menambah pelaburan setiap bulan. Sebagai permulaan anda boleh bermula dengan pelaburan RM100 setiap bulan. Anggaplah jumlah pelaburan RM100 setiap itu sebagai nilai belian pegangan saham anda untuk jangka masa panjang. Ianya adalah alternatif kepada menabung di dalam akaun simpanan bank yang mana jumlah dividen yang diberikan adalah jauh lebih kecil.

About Author papaya008

Penulis adalah pelabur individu di Bursa Malaysia dan Nasdaq, ikuti perkongsian beliau di sini.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *